CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 4, 2009

Enhance our Health With Stem Enhance!

Have questions running through your mind?

Contact me ! +6012-2973339

Introduction to Stem Enhance

StemEnhance™ - The Worlds First Natural Product To Support the Natural Release of Adult Stem Cells

What is Stem Cell Enhancement? 
StemEnhance™ is a breakthrough, natural botanical extract that supports wellness by helping your body maintain healthy stem cell physiology.  It is the very first product on the market from the latest phytoceutical category called “stem cell enhancers.”   

What are Stem Cell Enhancers? 
Recent scientific developments have revealed that stem cells are derived from the bone marrow. They travel throughout the body and act to support optimal organ and tissue function. Stem Cell Enhancers are products that support the natural role of adult stem cells. 

Why Stem Cell Enhancement? 
As you age, the number and quality of stem cells that circulate in your body gradually decrease, leaving your body more susceptible to injury and other age related health challenges. Just as antioxidants are important to protect your cells from “free radical” damage, stem cell enhancement is equally important to support your stem cells in maintaining proper organ and tissue functions in your body. 

How does it work? 
When you take two capsules, the ingredients help to support the release of stem cells from the bone marrow into your bloodstream. Through a natural process, those stem cells then travel to areas of the body where they are most needed. 

What are stem cells?
 Stem cells can be thought of as “master” cells. You’ve probably heard in the news about “embryonic stem cells.” Stem cells are found in human embryos, but they are also found abundantly in adult tissue in bone marrow. Stem cells circulate and replace dysfunctional and dying cells, thus fulfilling the natural process of maintaining optimal health. StemEnhance™ supports the release of adult stem cells from bone marrow into the circulatory system, then to the cells that need rebuilding. CNN reported that the recent advances in stem cell research are the most significant health-related stories in the past 25 years, second only to the mapping of the human genome. 

Is StemEnhance™ scientifically studied? 
Yes.  Several clinical studies have been conducted on the product, in addition to several in-vitro trials.   Where is it available?  StemEnhance™ is only available through StemTech™ HealthSciences, Inc and it’s independent distributors. The formulation is patented and is the first of it’s kind on the market. 

Why the StemEnhance™ product?
Effectiveness of StemEnhance™ was demonstrated in a triple-blind study. Volunteers rested for one hour before establishing baseline levels. After the first blood samples, volunteers were given StemEnhance™ or a placebo. Thereafter, blood samples were drawn at 30, 60 and 120-minute intervals. The number of circulating stem cells was quantified by analyzing the blood samples using Fluorescence-Activated Sorting (FACS). The results demonstrated consumption of StemEnhance™ triggered a significant 25-30% increase in the number of circulating stem cells.

Stem Sel, terapi terkini kecederaan lutut

PETIKAN DARI SURATKHABAR TEMPATAN : Oleh: AVILA GERALDINE

MUNGKIN anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mengambil berat tentang kesakitan tersebut kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun, jika rasa sakit pada lutut berterusan, ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup dengan mengehadkan pergerakan kerana khuatir rasa sakit bertambah. Terdapat banyak kaedah rawatan sedia ada untuk merawat kecederaan pada lutut dan mengurangkan kesakitan, mengikut bentuk kecederaan yang dialami pesakit.

Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan jika masalah yang dihadapi melibatkan kemerosotan fungsi dan struktur pada tulang, otot dan sendi lutut. Tidak kurang juga pesakit yang terpaksa hidup dengan rasa sakit akibat menerima rawatan yang kurang atau tidak berkesan. Namun, mungkin perkembangan teknologi terkini telah membuka lembaran baru dalam satu kaedah rawatan yang telah sekian lama digunakan untuk merawat penyakit lain. Kaedah ini mungkin dapat membantu pesakit dengan masalah lutut mempunyai hidup yang lebih berkualiti. 

Sel stem Sebelum ini anda mungkin pernah mendengar atau terbaca tentang penyakit-penyakit seperti barah darah (leukemia), talasemia, jantung, diabetes dan penyakit Parkinson yang boleh dirawat dengan menggunakan sel stem. Kini, dengan adanya teknologi terapi sel stem, mereka yang mengalami kecederaan lutut yang teruk atau mengalami osteoartritis tidak perlu hidup dalam kesakitan. 

Sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan pelbagai jenis sel lain. Melalui penggunaan sel stem, satu kaedah baru telah ditemui untuk mengubati beberapa penyakit termasuklah kecederaan lutut. 

Antara punca utama sakit lutut adalah osteoartiristis iaitu penyakit degeneratif (kemerosotan) sendi dan ia bukan sahaja dialami oleh golongan warga emas tetapi juga golongan muda. Faktor risiko untuk osteoartiristis termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat daripada cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia dan sejarah keluarga (genetik).

Penemuan terbaru terapi kecederaan lutut dengan menggunakan sel stem oleh Pakar Runding Ortopedik Pusat Perubatan Kesukanan Kuala Lumpur (KLSMC), Dr. Saw Khay Yong, dipercayai bakal mencipta nama negara dalam bidang perubatan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia. “Kita biasanya mendengar banyak rungutan orang ramai mengenai sakit sendi lutut semasa mereka berjalan, naik atau turun tangga dan kadangkala terdapat bunyi bergesel (meretih) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi. “Saya menasihati agar mereka yang mengalami situasi sebegini berjumpa dengan pakar runding ortopedik sebelum keadaan menjadi lebih serius,” kata Dr. Khay Yong. Bermula daripada penyelidikan haiwan dua tahun lalu yang diketuai oleh Dr. Khay Yong dan rakan-rakan sekerja di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mereka menemui satu prosedur amat mudah di mana kawasan kecacatan pada rawan lutut digerudi bagi menggalakkan pendarahan di bawah sumsum tulang. 

Penyelidikan tersebut juga dijalankan dengan bantuan StemLife Therapeutics. “Seminggu selepas itu, suntikan berterusan yang mengandungi sel stem bersama asid hyalgen atau asid hyaluronik dilakukan ke dalam sendi lutut. “Dari model haiwan, kami berjaya menunjukkan bukti pembaharuan rawan di permukaan sendi yang serupa dengan rawan yang normal,” kata Dr. Khay Yong. Beliau menjelaskan, penemuan kaedah terapi terbaru ini dilakukan dengan menggunakan sel stem matang (adult stem cells) yang diambil daripada pesakit itu sendiri. “Selepas pembedahan atroskopi, sel stem tersebut akan disemat ke kawasan kecederaan dengan campuran asid hyalgen melalui suntikan selama beberapa minggu,” katanya. 

Menurut beliau, prosedur mudah ini juga boleh dilakukan di mana-mana klinik luar. Dalam pembedahan atroskopi, beberapa tebukan di atas permukaan sendi tulang akan dilakukan. Pembedahan tersebut akan membentuk darah beku di permukaan tulang yang kemudiannya membentuk perancah bagi penumbuhan dan pembentukan semula rawan. Seminggu selepas proses tebukan tersebut, sebanyak 12.5 milimeter sel stem akan diambil daripada sumsum tulang pesakit. Proses pemindahan sel stem seterusnya dilakukan dengan memasukkan semula sel stem ke dalam saluran darah dan proses ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam serta tidak menyakitkan. Seminggu selepas itu, sel stem dengan asid yang dikenali sebagai asid haylgen akan disuntik ke lutut seminggu sekali untuk tempoh lima minggu. Lima lagi suntikan akan diberikan setiap hari kepada pesakit selepas tempoh lima minggu itu untuk menggalakkan sel stem keluar daripada sumsum tulang. Kelebihan Terapi sel stem menggunakan kemampuan dan keunikan sel stem untuk membentuk mana-mana jenis sel dan tisu dalam badan dan membolehkan rawan di permukaan sendi lutut membentuk semula kawasan sendi yang rosak.

Dr. Khay Yong juga berkata, kebaikan prosedur ini adalah ia hanya membabitkan satu pembedahan sahaja, mudah dijalankan dan hanya memerlukan kos yang rendah. Rawan merupakan tisu putih yang nipis dan lembut bagi membalut hujung tulang keras pada sendi lutut di samping bertindak sebagai mekanisma pelincir dan membantu kelancaran pergerakan sendi kerana sifatnya sebagai cecair pekat yang kenyal. Selain untuk penumbuhan rawan, sel stem juga berpotensi untuk memperbaiki kecederaan ortopedik lain seperti kecederaan tendon dan ligamen, kecederaan saraf, koyakan pada otot dan ulser pada kaki pesakit diabetes. 

Kata pesakit Penemuan ini terbukti berkesan apabila seorang pesakit Lee Lay Kheng, 45, mengakui keadaan lututnya bertambah baik selepas menjalani terapi tersebut di KLSMC. “Dua tahun yang lalu, saya mengalami sakit lutut yang teruk di kaki sebelah kiri dan setahun kemudian ia mula merebak ke lutut kanan. “Saya memilih untuk menggunakan prosedur menumbuhkan semula rawan dan selepas menjalani pembedahan 3 minggu lalu, keadaan saya bertambah baik dan semakin pulih,” katanya ketika ditemui sedang menjalani fisioterapi di KLSMC. 

Seorang lagi pesakit, Fauziah Fadzil, 44, yang berkerja sebagai Pengurus Tadika berkata, dia dan pesakit lain yang menerima rawatan sel stem ini akan menjalani fisioterapi selepas pembedahan. “Sebelum terapi, saya mengalami sakit lutut yang amat teruk sehingga saya terpaksa menggunakan dua tongkat. “Tetapi selepas menjalani terapi ini, saya hanya memakai satu tongkat sahaja dan sakit pun tidak dirasai semasa melakukan fisioterapi,” katanya. Dengan kos rendah dan keputusan yang bagus, terapi lutut dengan menggunakan sel stem dijangka akan mendapat perhatian dan sambutan hebat di kalangan pesakit dan pakar bedah ortopedik di Malaysia dan seluruh dunia.

Stem Sel, Revolusi Dunia Perubatan

*PETIKAN ARTIKEL DARI SURATKHABAR TEMPATAN, OLEH NAJIBAH HASSAN

HARI ini, saintis masih buntu dengan misteri sesetengah penyakit. Ada penyakit yang belum banyak diketahui berhubung `siapa' mangsanya, sukar dicegah, dan tidak ada penawarnya. Ini termasuklah penyakit kanser, penyakit-penyakit darah, kekurangan sistem pertahanan badan mahupun penyakit keturunan metabolik - hingga kini belum ada ubat-ubatan yang mampu merobah kehidupan pesakit-pesakit ini. Begitu juga dengan pendermaan organ dan pelbagai jenis tisu, kesemua ini digunakan sebagai alternatif menggantikan organ atau tisu yang musnah atau diserang penyakit. 

Malangnya, mereka yang memerlukan pemindahan organ ini jauh lebih ramai daripada organ yang ada. Namun, sains biologi perubatan telah membuka fasa terbaru dunia perubatan khususnya untuk merawat penyakit-penyakit serius. Saintis telah menemui sesuatu yang dipercayai mampu merevolusikan dunia perubatan. Kuasa untuk memperbaiki tisu-tisu yang musnah atau rosak akibat penyakit atau kecederaan boleh diperoleh daripada sel stem. Sel stem, atau lebih dikenali sebagai `sel induk' ini berkeupayaan untuk membentuk kesemua sel tubuh manusia. ``Pada dasarnya, sel stem ialah sel-sel belum matang yang mampu menjadi sebarang jenis yang boleh membentuk sel kulit, tulang, organ-organ atau lain-lain bahagian tubuh. ``Ini menyebabkan penggunaan sel stem mempunyai potensi bukan saja dalam penyelidikan perubatan malah rawatan sesetengah penyakit,'' demikian menurut pakar perunding penyakit dalaman dan perubatan makmal, salah sebuah institusi perubatan swasta, Prof. Dr. Aw Tar Choon. 

Dengan keupayaannya yang luar biasa ini, sel stem dianggap sebagai sel yang paling berkuasa dalam badan. Menurut beliau, sel stem juga disifatkan sebagai sel yang bijak. ``Secara automatiknya, sel-sel ini tahu ke mana harus ia pergi dan apa yang harus dilakukannya. Ia seolah-olah `diprogramkan' untuk menghasilkan sel-sel baru,'' jelas beliau. Fasa terbaru yang ditemui dalam perubatan ini, kata Aw, memberi harapan baru kepada penduduk di Asia yang terjejas teruk dengan penyakit talasemia dan lebih 40 jenis penyakit lain. Sebelum ini, penyakit talasemia major, di mana pesakit terpaksa menjalani rawatan pemindahan darah dan ubat-ubatan, penggunaan sel stem dapat menangani masalah ini.

Terbaru, kajian menunjukkan bahawa sel stem berpotensi dalam merawat penyakit lemah jantung. Sel stem yang terdapat dalam sumsum tulang, darah periferal, dikenali sebagai sel stem hematopoitik. Sebagai `blok asas' darah dan sistem pertahanan tubuh, sel ini sedia untuk menghasilkan semula: a. sel-sel darah merah - membawa oksigen b. sel-sel darah putih - melawan jangkitan c. platelet - membantu darah untuk beku dan memperbaiki tisu akibat kecederaan. 

Apa itu Sel stem? 

SEL stem diertikan sebagai sel-sel yang berkeupayaan memperbaharui dirinya sendiri dan pembezaan dirinya dengan pelbagai jenis sel. Pembaharuan ini bermakna, ia boleh terus membahagi tanpa had. Manakala, pembezaan ini bererti sama ada ia boleh menjadi setiap jenis sel dalam tubuh dan boleh menjadi pelbagai jenis sel tubuh. Sel stem ini secara automatik akan membentuk mata, jantung, otak, buah pinggang, tulang dan sebagainya. Sains sel stem buat julung kalinya ditemui pada 1969 iaitu merawat pesakit leukemia menggunakan sumsum tulang. Sel stem yang diperoleh dari sumsum tulang dikenali sebagai sel stem dewasa. Keunikan sel stem Sel stem berbeza dengan lain-lain pada tubuh manusia. 

Secara umum, sel stem mempunyai tiga kualiti iaitu: 
* Berkeupayaan untuk membahagi dan memperbaharui diri mereka dalam tempoh jangka panjang 
* Tidak khusus
* Dapat menumbuhkan jenis-jenis sel yang khusus. Sumber sel stem Hari ini, sel stem diekstrak dari tiga komponen ini iaitu:

* Sumsum tulang- Ia memerlukan beberapa kriteria: a. Pemindahan sumsum tulang memerlukan kesesuaian antara penderma dan penerima. Jika tidak, kemungkinan pesakit akan menghadapi masalah penolakan. Penolakan `bahan yang diderma' (GRHD) yang serius ini boleh mengakibatkan pesakit meninggal dunia. Penggunaan kaedah ini memerlukan: a. Adik-beradik adalah penderma yang terbaik kerana terdapat kesesuaian. b. Jika tiada adik-beradik, pesakit boleh mendapatkan sumsum tulang daripada unit pendaftar sumsum tulang dari luar negara. Tetapi kos yang diperlukan mencecah hingga antara RM50,000 hingga RM200,000. Penggunaan kaedah ini telah mencecah lebih 40 tahun.

* Tubuh manusia- Dianggarkan terdapat 0.5 peratus sel stem boleh diperoleh daripada mana-mana tubuh manusia. Bagaimanapun, oleh kerana jumlahnya yang terlalu sedikit ini, pesakit akan diberi beberapa kali suntikan untuk merangsang sumsum tulang. Ia bertujuan merangsang lebih banyak sel stem baru dihasilkan. Sel stem yang terhasil ini akan dikeluarkan melalui mesin khas. Ia akan diasingkan secara automatik. Namun, kaedah ini hanya praktikal untuk pesakit kanser. Sekiranya, sel stem yang diperlukan masih tidak mencukupi, pesakit terpaksa melalui fasa pusingan merangsang sumsum tulang. Kaedah ini juga menelan kos yang terlalu tinggi

* Tali pusat- Sel stem dari tali pusat diambil daripada tali pusat sejurus selepas bayi tersebut dilahirkan. Dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini, sains biologi perubatan menemui satu kaedah teraputik bahawa tali pusat bayi yang dilahirkan kaya dengan sel stem. Menurut kajian, sel-sel ini bukan saja dapat membantu menyembuhkan seseorang daripada penyakit, malah menyelamatkan nyawa. Penyelidikan sel stem yang diperoleh dari tali pusat bermula sejak 15 tahun lalu. Ia digunakan buat julung kalinya untuk pemindahan, di Perancis pada 1988 ke atas seorang pesakit Anemia Fanconi. Tiga tahun selepas itu, ia digunakan untuk pemindahan pesakit leukemia mielogenus kronik. Misteri yang berjaya dibongkar dunia perubatan berhubung kelebihan sel stem yang diperoleh daripada tali pusat ialah:

a. Ia lebih muda dan segar daripada sel stem orang dewasa. 
b. Sel baru yang terhasil ini kemungkinan mengandungi kurang penyakit seperti Cytomegalo virus (CMV) dan Epstein-Barr virus (EBV). 
c. Kemungkinan berlaku penolakan kepada si penerima juga jauh lebih rendah.
d. Boleh disimpan dalam bank tali pusat dalam jangka masa yang lama. Ia juga boleh digunakan apabila diperlukan. 

Jenis penyakit yang boleh dirawat dengan sel stem 
A. Jenis-jenis kanser - Kanser ovari, buah pinggang, leukemia, buah zakar, ketumbuhan otak, paru-paru, neuroblastoma, penyakit Hodgkin dan sebagainya

B. Penyakit-penyakit darah - Talasemia, anemia aplastik, anemia Franconi, sel sickle anemia dan lain-lain 

C. Penyakit kekurangan sistem pertahanan tubuh - Sindrom wiskott-aldrich, penyakit granulomatus kronik dan sebagainya

D. Penyakit metabolik yang diwarisi - Sindrom hunter, sindrom bare-limfosit, adrenoleukodistrofi, konginetal diskeratosis dan lain-lain.